
Zaman sekarang, nak bisnes jalan bukan sekadar tunggu pelanggan datang. Usahawan kecil perlu bijak menggunakan pemasaran digital untuk bersaing, walaupun tanpa bajet besar. Dalam artikel ini, saya kongsikan tujuh strategi pemasaran digital yang terbukti berkesan dan relevan
Kenapa Usahawan Kecil Perlu Kuasai Pemasaran Digital?
Majoriti pelanggan hari ini berada di alam digital — media sosial, enjin carian, YouTube dan TikTok. Kalau bisnes anda tiada strategi pemasaran digital yang jelas, anda mungkin hilang potensi pelanggan yang besar. Tambahan pula, kaedah ini jauh lebih murah dan fleksibel berbanding cara tradisional.
Menurut data dari Statista, lebih 30 juta rakyat Malaysia aktif di media sosial — peluang besar untuk usahawan mikro dan kecil memasarkan produk secara lebih tepat dan mudah.
1. Gunakan Media Sosial Secara Konsisten
Platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok boleh bantu membina jenama anda secara percuma. Tapi kuncinya adalah konsisten. Ramai usahawan hanya post bila ada masa atau bila “rajin”, tapi sebenarnya, pemasaran media sosial perlukan jadual dan strategi konten.
Cuba gabungkan konten berbentuk edukasi, hiburan dan promosi dalam satu minggu. Guna video pendek (Reels atau TikTok) kerana ia lebih mudah viral, terutamanya dalam niche produk harian atau servis tempatan.
2. Bangunkan Database Pelanggan Anda
Jangan bergantung 100% pada media sosial, sebab platform boleh tutup akaun bila-bila masa. Kumpulkan data pelanggan seperti emel dan nombor WhatsApp untuk bina hubungan jangka panjang. Anda boleh guna borang Google Form, sistem seperti OnPay, atau emel autoresponder seperti Mailchimp dan Moosend.
Bila dah ada senarai pelanggan, anda boleh blast promosi, beri tips atau upsell produk baru dengan lebih mudah — tanpa perlu bergantung pada algoritma media sosial.

3. Daftarkan Google Business Profile
Ramai pemilik bisnes kecil tak tahu yang mereka boleh muncul dalam carian Google dengan percuma melalui Google Business Profile. Bila pelanggan cari “kedai dobi murah Ampang” — bisnes anda boleh muncul di hasil carian, lengkap dengan nombor telefon, waktu operasi dan gambar produk.
Ini antara strategi digital yang ramai terlepas pandang, padahal ia boleh tarik pelanggan setempat dengan mudah.
📌 Baca juga: 6 Jenis Digital Marketing Usahawan Perlu Tahu
4. Gunakan Linktree atau Bio Tools
Kalau anda aktif di Instagram atau TikTok, anda pasti pernah nampak orang letak satu pautan sahaja di bio. Gunakan alat seperti MyLink.la untuk letak semua pautan penting anda — katalog, borang tempahan, WhatsApp, atau laman web.
Ini memudahkan pelanggan akses semua info penting dalam satu klik. Sangat sesuai untuk bisnes dropship, servis, atau jualan langsung.
5. Iklan FB dan IG Ads Dengan Bajet Rendah
Ramai usahawan takut nak beriklan sebab risau kos tinggi. Sebenarnya anda boleh mula serendah RM5 sehari dengan strategi iklan digital yang betul. Pilih objektif seperti “Traffic” atau “Messages” dahulu, dan cipta iklan yang ringkas tapi menarik dalam 3 saat pertama.
Pastikan gambar atau video anda jelas, ada CTA yang kuat, dan targeting yang sesuai dengan produk atau servis.
📌 Baca juga: Strategi Content Marketing untuk Bisnes Online
6. Gunakan Blog dan Video Pendek Serentak
Blog bukan sahaja bagus untuk SEO, tetapi juga membantu menjawab persoalan pelanggan. Anda boleh tulis artikel seperti “5 Cara Jimat Belanja Dapur” dan masukkan keyword yang berkaitan.
Gabungkan pula dengan video pendek untuk tarik perhatian di media sosial. Kombinasi blog dan video membolehkan anda tarik trafik dari Google dan juga platform sosial — dua dalam satu.
7. Guna Affiliate & Kolaborasi
Jangan buat semua benda sendiri. Gunakan strategi affiliate marketing dengan beri komisen kepada orang yang bantu promosikan produk anda. Platform seperti OnPay memudahkan pengurusan sistem affiliate secara automatik.
Anda juga boleh berkolaborasi dengan influencer mikro yang followers-nya berada dalam niche atau lokasi yang sama dengan bisnes anda. Ini lebih murah dan lebih targeted.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Saya baru mula berniaga, adakah strategi ini sesuai untuk saya?
Ya! Semua strategi ini sesuai untuk pemilik bisnes kecil, dropship, homebased, servis atau produk fizikal.
2. Perlu ke guna semua strategi sekali gus?
Tidak perlu. Mulakan dengan satu atau dua strategi yang sesuai dengan masa dan bajet anda. Yang penting, mula dulu.
Jangan tunggu pesaing anda buat dulu. Pilih satu strategi dari artikel ni dan mula hari ini juga. Nak lebih banyak panduan praktikal pemasaran digital? Layari Pendakwah Teknologi atau follow kami untuk update terkini.